Model
pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang
pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh
komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang
diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan
disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui
proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan.
Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali
maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini
merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran
(Galbraith, 1994). Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode
ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode
tersebut terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan
jangka panjang.
Prinsip-prinsip
utama Model Pemprosesan Maklumat
i. Andaian
kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
ii. Pengaliran
maklumat dua hala
iii. Kawalan
eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat
kembali dan lupaan.
iv. Manusia
disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.
Ingatan Jangka
Pendek ('Short Term Memory')
i. Stor memori
ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan
jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
ii. Contoh:
kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya
kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
iii. Proses
ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak
ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
Ingatan Jangka
Panjang ('Long Term Memory')
i. Ingatan
Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat
dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
ii. Ahli-ahli
psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak
dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita
masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah.
iii. Ini
bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan