Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105) merupakan salah satu subjek major bagi
pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mengambil Kursus Major Bahasa
Melayu semasa semester 3.
Tugasan :
Minggu 1
Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa
Melayu
1. Senaraikan 10 enjin pencari dan
muatkan dalam blog anda
Minggu 2
Berdasarkan topik mata pelajaran
Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan, sila cari bahan yang sesuai dan
simpan dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh dimuat turun iaitu bahan audio,
video, teks dan grafik. Sila simpan bahan dalam bentuk
i. Fail internet
ii. Katalog internet
Minggu 3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika
Penggunaan Internet
Sila muat turun Garis Panduan dan
Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan
powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.
Minggu 4
Internet merupakan pustaka maya yang
sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan
kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan yang
boleh digunakan terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik. Sila
sediakan bahan- bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan
pelajaran tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan
persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran
pada minggu hadapan.
- 10 bahan audio
- 10 bahan video
- 10 bahan teks
- 10 bahan grafik
Minggu 5
Membina dan Menggunakan Tapak, Laman
Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
- Prosedur pembinaan tapak
pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Prosedur pembinaan laman web
pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Membina dan menggunakan tapak
pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
- Membina dan menggunakan pakej
Tutorial Pembelajaran
- Membina tapak pembelajaran
menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah : Frog VLE
Minggu 6
Membina dan
Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
- Membina
perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.
Minggu 7
Mengaplikasikan
Model Pemprosesan Maklumat dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Minggu 8
Pengajaran
Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
Minggu 9
Mengedit
Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter,
dan Kad pengumuman
Minggu 10
Membina
Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan