Berdasarkan topik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4
yang telah diagihkan, sila cari bahan yang sesuai dan simpan dalam blog anda.
Empat jenis bahan boleh dimuat turun iaitu bahan audio, video, teks dan grafik.
1. Fail Internet
Sesebuah laman sesawang yang kita lawati sebenarnya boleh
disimpan sebagai sebuah fail internet untuk kegunaan pada masa akan datang.
Berikut adalah langkah yang boleh diikuti untuk menyimpan sesebuah laman web
sebagai fail internet.
a. Perpaduan Penting dalam Menjamin Keharmonian Negara
b. Langkah Mengukuhkan Pepaduan dalam Kalangan Rakyat
Malaysia
c. Masyarakat Mempunyai Peranan Penting membanteras
Jenayah
2. Katalog Internet
Katalog internet mempunyai perbezaan daripada fail
internet. Hal ini demikian kerana katalog internet akan memberi maklumat
seperti sinopsis, tajuk dan alamat laman tersebut. Dengan itu, murid dapat
lebih menguasai isi- isi dan mempunyai gambaran awal tentang laman tersebut.
a. Masyarakat Penyayang
Laman tersebut menjelaskan peranan ibu bapa dalam usaha
untuk menwujudkan masyarakat penyayang.
b. Lagu- lagu Patriotik Malaysia
Laman ini terdapat beberapa contoh lagu- lagu patriotik
Malaysia yang dikenali dan boleh digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Lagu- lagu yang disertakan lirik telah membawa semangat cinta
akan negara yang berkobar- kobar dan mendalam serta disebar kepada para murid.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan