Apakah itu Enjin Carian ?
Enjin
Carian merupakan pangkalan data yang menyimpan pautan- pautan laman web dan
kata kunci. Maklum balas adalah hasil carian. Hasil carian akan dipaparkan
dalam SERP atau Bahasa Melayunya hasil muka carian dalam enjin carian.
Bagaimana Enjin Carian Bekerja?
Enjin carian bekerja
dengan menghantar crawler (perayap) atau spider (labah-labah) untuk memasuki
senarai laman web yang ada di internet dan mengumpul segala maklumat berbentuk
teks yang terdapat dalam laman web. Perayap ini kemudiannya akan menghantar
semula ke pelayan enjin carian yang akan menyimpan data-data ini dan diproses.
Apabila program spider
masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil
sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua
perkataan dan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana
perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data
Contoh enjin carian :
Google, Yahoo, Mozila Firefox, Ask, Internet Explorer dan sebagainya.
Penggunaan Enjin
Carian Bahan Bahasa Melayu:
2.
Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut
tahap dan kebolehan mereka.
3. Dapat
membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar
untuk belajar dengan baik dan berkesan.
4.Guru
dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet
serta menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
5.
Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku serta
mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan